Dihantar Oleh Pada 29 April, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Utk 4 org makan
Description

Masakan Nogori..... dah di"simple"kan.......

Share:
Bahan-bahan
  • 15 biji cili api (lebihkan kalau suka pedas)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 sudu tempoyak
  • 1 biji santan kelapa
  • Secekak pucuk ubi
  • 2 helai daun kunyit (kalau kecil 4 helai)
  • 5 batang serai
  • 15 ulas Petai (jika mahu)
  • 15 ekor ikan bilis
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Cili api ditumbuk lumat bersama kunyit.

  2. Daun kunyit, pucuk ubi dan serai di mayang halus.....mcm buat bunga rampai tu....

  3. Masakkan cili, santan, ikan bilis dan tempoyak di dlm kuali. Biar sampai menggelegak.

  4. Masukkan daun2 yg telah di mayang juga petai.

  5. Rasakan garam. Kalau suka masam lebihkan tempoyak lagi.

  6. Masak sehingga santan menjadi pekat.

  7. Makan dgn nasi panas2 pun sodap......