Resepi Gulai Telur Itik

 Dihantar Oleh Pada 24 April, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang makan
Description

senang jer nak masaknya

Share:
Bahan-bahan
  • 6 biji telur itik
  • 1/2 kilo santan segar
  • 3 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 5 biji cili padi*
  • 2cm kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Blendkan semua bahan yang bertanda *. Kemudian masukkan kedalam periuk bersama-sama dengan santan.

  2. Ketuk serai dan daun kunyit tu diracik-racik dahulu, kemudian masukkan ke dalam periuk, beserta dengan asam keping, garam dan gula.

  3. Hidupkan api, dan masak. Semasa memasak, pastikan anda sentiasa kacau santan tersebut agar tidak berketul-ketul. Bila dah mengelegak, pecahkan telur sebijik demi sebijik kedalam santan tersebut. Biarkan telur tu masak sendiri tanpa mengacau santan tersebut.

  4. Bila agak2 telur tu dah mengeras, bolehlah padam kan api tersebut. Dah pun siap.. senang sangat.. selamat mencuba

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua