Dihantar Oleh Pada 07 May, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 biji
Description

Muffin kegemaran kami sekeluarga

Share:
Bahan-bahan
  • 2(M-size) biji telur
  • 2 sudu kecil madu
  • 6 biji coklat - kalau coklat bar boleh bahagi kepada 6
  • 80g butter tanpa garam- dicairkan
  • [ayak]
  • 15g serbuk koko
  • 2/3 sudu kecil baking powder
  • 60g gula aising
  • 65g tepung
Cara-cara
  1. Masukkan telur dan madu ke dalam mangkuk. Pukul sampai berbuih

  2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diayak. Kacau.

  3. Masukkan butter. Kacau sampai sebati

  4. Isikan adunan ke dalam cup muffin. 1/2 penuh. Kemudian masukkan coklat. Isi lagi adunan tadi biar jadi 2/3 penuh. Ulang sampai habis.

  5. Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 20-22 minit