Resepi Paprik Ayam

 Dihantar Oleh Pada 12 April, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Resepi ni my SIL yg ajar. Rasa & aromanya sama macam makan kat kedai Tomyam..Selamat mencuba!

Share:
Bahan-bahan
  • 150 gram isi ayam (direbus)
  • 1.5 inci halia (diracik halus)
  • 3 ulas bawang merah (diracik halus2)
  • 1 batang serai (di ketuk)
  • 4 sudu cili boh
  • 5 helai daun limau purut (disiat2)
  • 6-7 biji cili padi (diketuk)
  • Kubis bunga
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Kicap Cap Kipas Udang
  • Sos tiram
  • Garam & Ajinomoto
Cara-cara
  1. Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. X perlu direbus lame2.

  2. Kemudian tumis halia, bawang merah & serai sehingga garing & berbau harum. Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan Kicap, garam & ajinomoto secukup2 rasa.

  3. Masukkan pula isi ayam yang telah direbus & juga stok ayam kedalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung) Kacau & biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)

  4. Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati. Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.