Resepi Kari Asam Pedas

 Dihantar Oleh Pada 10 April, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 org
Description

cepat & mudah disediakan :D

Share:
Bahan-bahan
  • Seekor ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5 (Boleh guna ikan patin, ikan tenggiri, ikan merah, pari dsb nya)
  • 1 biji bawang besar, dimayang
  • 3 biji bawang putih, diketuk
  • 2 inci halia, diketuk
  • 1/2 ibu jari belacan
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1/2 inci lengkuas, dihiris nipis
  • 1 sudu besar halba campur
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari, dibancuh dengan sedikit air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 pelepah daun kari
  • 3 tangkai daun kesum
Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.

  2. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.

  3. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.

  4. Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum. Perasakan dengan garam & gula.

Tags 
  •   ikan
  • Komen