Resepi Sup Bebola Daging

 Dihantar Oleh Pada 04 April, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang dewasa
Description

Sesuai untuk kanak-kanak

Share:
Bahan-bahan
  • BEBOLA DAGING:
  • 500 gm daging cincang/kisar
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk bersama 1/2 sdk garam
  • 3/4 sdk lada sulah
  • 3 sdb tepung jagung
  • 1/2 biji telur (gread A) - dipukul sedikit
  • * 1 biji telur (dipukul sedikit) - untuk menggoreng
  • * minyak untuk menggoreng
  • SUP:
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 2 ulas bawang merah
  • * 1/2 inchi halia
  • * 1 sdk garam
  • 1 sdk lada sulah
  • sekawan rempah tumis
  • 50 gm daging dihiris (jika suka gantikan tulang pun boleh juga)
  • 2 biji kentang - potong 4 dan goreng sebentar
  • 1 liter air
  • sedikit daun sup
  • sedikit bawang goreng
Cara-cara
  1. BEBOLA DAGING: Selain bahan untuk menggoreng (*), campurkan kesemua bahan lain & gaul sebati

  2. Bentukkan adunan daging tersebut menjadi bebola

  3. Gaulkan ke dalam telur(*) sebelum digoreng. Untuk tujuan sup, tak perlu goreng bebola sehingga terlalu garing

  4. TIPS: Jangan guna terlalu banyak minyak

  5. SUP: Tumbuk bersama bahan bertanda (*)

  6. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga lada sulah dan rempah tumis

  7. Agak-agak tumisan telah 3/4 garing, masukkan bahan rencah (daging hiris/ tulang). Gaul sebati

  8. Kira-kira 3-5 minit, masukkan pula air

  9. Bila sup sudah mendidih, bolehlah masukkan bebola daging.

  10. Anggaran 10-15 minit, masukkan pula kentang. Gaul sedikit (2-3 minit) sebelum padamkan api

  11. Sebelum dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng

Komen