Resepi Sambal Paru

 Dihantar Oleh Pada 02 April, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1/2 kg paru rebus
Description

masakan keluarga. Gambar dari laporan masakan

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2kg paru rebus
  • cili kering dalam satu genggam buang biji jika tak mahu pedas*
  • bawang besar 1 ulas*
  • bawang putih 3 biji*
  • belachan sedikit sahaja*
  • serai 2 batang hiris yang putih saja.
  • tomato 2 biji di belah 6 setisp biji.
  • gula coklat / gula melaka mengikut citarasa masing-masing
  • garam secukup rasa.
  • minyak untuk menumis.
Cara-cara
  1. bahan yang bertanda * di blender,jgn lupe cili kering tu di rebus dahulu jadi senang nak kisar.

  2. panas minyak tumis serai sampai wangi.

  3. bila dah wangi goreng paru rebus bersama serai yng di tumis.

  4. bila paru itu garing di bahagian luarnye angkat dengan serai yang tadi dan tepikan.

  5. minyak tumis jika ada lebihan jangan di buang boleh di gunakan untuk menumis sambal nya .kalau minyak tumis tu kurang tambah sedikit.

  6. tumis sambal sampai garing dan naik minyak.

  7. masukkan gula melaka/gula coklat serta garam secukup rasa

  8. jangan lupa tomato yang di belah 6 di masukkan juga.

  9. dan akhir sekali paru yang di goreng gaul sebati dengan sambal,masak dengan sanbal hingga agak kering.

Komen