Resepi Apam Harum Manis

 Dihantar Oleh Pada 28 March, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 40biji
Description

rasa manis gula melaka & pisang

Share:
Bahan-bahan
  • 300 gm gula melaka
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu maka esen vanilla
  • 50 gm mentega, dicairkan
  • 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
Cara-cara
  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.

  2. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati

  3. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.

  4. *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***

Tags 
  •   apam
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua