Resepi Pulut Panggang

 Dihantar Oleh Pada 25 March, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 36 biji
Description

Pulut panggang nih tak bakar, tapi just panaskan atas kuali leper...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg beras pulut
  • 5 cawan santan pekat
  • Daun pisang-layukan atas api
  • Lidi - dipotong 3 cm
  • Garam
  • BAHAN UTK INTI IKAN:
  • 350 gm ikan kembung @ selar-direbus dan diambil isi
  • 150 gm bawang besar-dibelah dua dan dihiris
  • 20 gm bawang merah
  • 20 gm atau 2.5 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 cawan santan
  • Garam
  • 1 sudu kecil halba
Cara-cara
  1. PULUT:

  2. Basuh beras pulut dan rendam selama 3 jam. Kemudian kukus pulut sehingga masak dan arun dengan 3 cawan santan pekat. Bubuh garam secukup rasa. ketepikan

  3. INTI:

  4. Tumbuk ikan bersama dengan bawang merah, halia dan serai. Masak bersama bawang besar, halba dan santan pekat yang selebihnya. Kacau sentiasa sehinggan kering. Sesuaikan rasa.

  5. CARA MENGHIDANG:

  6. Letak pulut diatas daun pisang. Sudukan inti ikan, kemudian bungkus bulat-bulat dan kemas seperti pulut panggang. Bakar atas bara api lebih kurang 10 minit @ sehingga masak.