Resepi Cupcake Coklat

 Dihantar Oleh Pada 23 March, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 50 BIJI
Description

RESEPI OLAHAN SENDIRI-MUDAH DAN SEDAP........(saiz cup yg paling kecil)

Share:
Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula custor
  • 2 sudu besar butter
  • coklat masakan secukupnya - lebih kurang 150 gm
  • ceri sebagai hiasan - dibelah 2
  • 2 - 3 sudu besar susu cair
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder.

  2. Dalam bekas berasingan campurkan telur dan gula kacau hingga sebati - tak perlu kembang.

  3. Coklat dipotong dadu atau diparut,dicairkan bersama butter.Kacau sebati.-kaedah doble boiler

  4. Masukkan telur kedalam coklat sambil di kacau rata.

  5. Campurkan tepung dan susu sedikit2 kedalam bekas yg berisi coklat tadi dan di gaul menggunakan kaedah kaup balik.

  6. Tuangkan kedalam acuan dan hiaskan dgn ceri. Bakar selama 15-20 minit atau masak.

  7. Adunan akan sedikit lembik semasa panas dan akan keras pabila sejuk.

  8. Siap untuk dihidang.

Tags 
  •   kek