Dihantar Oleh Pada 21 March, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

saje suka suka

Share:
Bahan-bahan
  • untuk doh:
  • 3 cawan tepung gandum atau tepung superfine atau tepung berprotein tinggi
  • 1 cawan susu suam
  • 2 sudu kecil gula
  • setengah peket yeast mauripan
  • (cara2 buat doh ada juga dalam resipi yang kita dapat bila beli mauripan yeast
  • bahan untuk topping:
  • 1 tin kecil sardin (tuna pun boleh juga)
  • 1 labu bawang besar di hris
  • 1 tin cendawan butang
  • keju parut atau keju slice di siat-siat
  • nenas kiub jika suka
  • sedikit oregano
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit pepper, white or black ikut suka
Cara-cara
  1. untuk buat doh, kacau gula dan yeast didalam susu suam. biarkan hingga berbuih

  2. tuang kedalam tepung, dan uli tepung hingga menjadi doh yang licin

  3. tutup doh dengan tuala basah dan biarkan selama 1/2 jam hingga 45 min

  4. untuk topping:

  5. tumis bawang besar, masukkan sardin dan kacau hingga sardin hancur

  6. tabur sedikit oregano

  7. rasakan garam dan gula serta pepper

  8. gaulkan separuh daripada cendawan butang

  9. doh yang telah dibiarkan tadi, ditumbuk2 untuk buang udara, dan di canai ikut saiz pizza pan

  10. ratakan sardin tadi diatas doh

  11. tabur separuh lagi sendawan butang dan nenas

  12. taburkan keju

  13. bakar dalam oven selama kira2 30 min pada suhu 180-190 darjah C

  14. jika suka, boleh tambah topping dgn capsicum, olive..dll

Komen