Dihantar Oleh Pada 17 March, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang makan
Description

Resepi ringkas tapi sedap.. sesuai untuk TAMBAT SELERA mak mertua @ bakal mak mertua..orang utara

Share:
Bahan-bahan
  • 5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)
  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)
  • 8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)
  • 3 biji tomato (belah 4)
  • 4 biji cili merah
  • bahan tumis:
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 sudu halba campur
  • 5 helai daun kari
  • 6 sudu minyak masak
  • 1 cawan air asam jawa (1 inci)
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan dan diketepikan.

  2. Bancuhkan rempah kari bersama air panas dan bahan kisar.

  3. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari

  4. Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.

  5. kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.

  6. Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika

  7. Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa.. biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan..

Komen