Resepi Nasi Goreng Cili Padi

 Dihantar Oleh Pada 14 March, 2008
Masa penyediaan: 
Hidangan: agak-agak 4 orang
Description

nasi goreng kegemaranku.. lagi pedas lagi menyengat! (gambar dari laporan masakan)

Share:
Bahan-bahan
  • 3 Mangkuk Nasi Putih (masak keras sikit)
  • 5 Tangkai Kacang Panjang (dipotong kecil-kecil)
  • Sedikit Ikan Bilis (dlm 20 ekor je)
  • Bahan Kisar (kalau tumbuk lagi bagus)10 biji cili padi
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 2 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • Belacan (agak-agak besar setengah ibu jari je)
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
  • Bahan Sampingan:
  • Minyak Masak
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur ayam
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.

  2. Gunakan api besar, masukkan telur ayam,kacau sedikit dan terus masukkan separuh nasi di atas bahan tadi. terus kacau hingga rata

  3. Masukkan garam secukup rasa bersama kacang panjang. kacau lagi..

  4. Masukkan separuh lagi nasi dan kacau sebati sehingga masak.

Komen