Resepi Laksa Kedah

 Dihantar Oleh Pada 12 March, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8 orang bleh mkn kot!
Description

resepi ibuku..

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kilo Ikan Kembung (agak-agak dlm 10 ekor saiz sederhana kecil)
  • 6 keping Asam Gelugor (kalau suka masam letak lebih sikit)
  • 1 Pkt Mee Laksa Kering (Direndam)
  • 3 Btg Bunga Kantan (dibelah 4)
  • 1 Ikat Daun Kesom (agak-agak jelah..kalau lebih pun sedap)
  • Garam dan Serbuk Perisa secukup rasa
  • Bahan kisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 4 Biji Bawang Merah
  • 15 tangkai cili kering (direndam seketika)
  • 6 biji cili padi (yang merah-merah sikit)
  • 4cm Belacan (kalau dapat belacan Kuala Kedah @ Kuala Perlis lg sedap)
  • Bahan Ulam:
  • 3 Biji Timun (dihiris nipis memanjang)
  • 3 Biji Bawang Besar (Dihiris Nipis)
  • 1 ikat Daun Selom@Ulam Raja (Dihiris Nipis)(kalau takde 2-2 ni, daun salad pun boleh..)
  • 5 Biji Telur (direbus)(dibelah 2)
  • 3 Biji Limau Nipis@Kasturi (dibelah 2)
  • 5 Biji Cili Padi@Cili Merah (dipotong kecil)
Cara-cara
  1. Rebus@kukus mee laksa yang direndam tadi. Toskan dan diketepikan.

  2. Ikan dibersihkan dan direbus bersama 3 keping asam gelugor sehingga ikan masak.

  3. Kemudian asingkan isi dan tulang. Tapis air rebusan ikan tadi dan dicampur bersama isi ikan dan dikisar.

  4. Sediakan periuk besar dan masukkan bahan kisar bersama isi ikan tadi. Rebus sehingga mendidih.Tambahkan air (kalau terlalu pekat)

  5. Masukkan bunga kantan dan daun kesom biarkan merebus sehingga naik aromanya..

  6. Masukkan garam & serbuk perisa secukup rasa.

  7. Apabila semuanya sebati, bolehlah dihidangkan.

  8. 8. Cara menghidang: (utk seorang mkn) Masukkan sedikit Mee Laksa ke dalam 1 mangkuk dan taburkan bahan-bahan ulam Selepas itu tuangkan kuah diatasnya. Perahkan asam limau dan sedia dimakan…yum..yum..