Resepi Sambal Sotong Kering

 Dihantar Oleh Pada 12 March, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: hidangan untuk 3-4 orang
Description

emm.. mkn ngan nasi lemak pun sedap..

Share:
Bahan-bahan
  • 3 ekor sotong kering
  • segenggam kacang tanah
  • semangkuk kecil air asam jawa
  • Bahan A: 5 sudu besar ciliboh yang dikisar bersama seulas bawang putih, 1/2 labu bawang besar dan sedikit belacan.
Cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan beberapa potong bawang besar.

  2. Setelah tumisan bawang itu keperangan masukkan pula bahan A tadi dan masak sehingga cili benar2 garing.

  3. Selepas itu sotong kering yang telah direndam semalaman dipotong kecil2 dan dimasukkan ke dalam tumisan cili yang telah garing tadi.

  4. Biarkan sotong itu seketika sehingga ia sudah lembut kemudian ditambah pula air asam jawa dan kacau sehingga kuah agak pekat.

  5. Sementara menunggu anda bolehlah menggoreng kacang tanah tadi tanpa sedikit minyak pun dan di tumbuk kasar2 dan seterusnya di masukkan ke dalam sambal sotong tadi.

  6. Masukkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.siap.. Selamat mencuba

Komen