Resepi Kuih Keria @ Kuih Gelang

 Dihantar Oleh Pada 05 March, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Banyak boleh dapat
Description

Resepi mama saya.....sedap...

Share:
Bahan-bahan
  • 7 biji ubi keledek (sederhana besar) / sekilo
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • sedikit garam
  • Air
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Rebus ubi hingga empuk. Keluarkan ke dalam bekas, lenyek-lenyekkan. biar sejuk sebentar. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh tambahkan tepung)

  2. Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan buat leper sedikit (jangan terlalu leper atau nipis) dan kemudian buat lubang di tengah-tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.

    open-uri20151010-29872-vj0wlg
  3. Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. Tutup api dan hidangkan.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua