Resepi Puteri Ayu

 Dihantar Oleh Pada 25 February, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 40 biji (bergantung pada saiz acuan)
Description

Resepi dari rakan setaman. Geram tengok dia punya amat ayu. Mintak resepi kat dia dan terus buat petang tadi. Nilah hasilnya...

Share:
Bahan-bahan
  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.

  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.

  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.

  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.

  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.

  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua