Resepi Donut Kentang

 Dihantar Oleh Pada 21 February, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 14 biji (ikut saiz)
Description

Kegemaran anak-anak saya.

Share:
Bahan-bahan
  • 200 gm tepung gandum
  • 30 gm gula halus
  • 1/2 camca besar yis kering
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 camca teh dough softener
  • 1 camca besar susu pekat manis
  • 1 1/2 camca besar shortening
  • 1/2 biji telur
  • 3 camca besar kentang lecek
  • 1/2 camca besar minyak jagung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • secubit garam
  • 1/4 cawan air sejuk
Cara-cara
  1. Campurkan air sejuk,telur dan susu pekat.Kacau rata dan ketepikan.

  2. Campurkan tepung,gula halus,yis,susu tepung,shortening,dough softener,bread improver dan gaul rata.

  3. Masukkan campuran air sejuk ke dalam campuran tepung.Uli hingga sebati .

  4. Masukkan kentang lecek dan minyak jagung.Uli dalam 20 minit (doh memang melekit ,tak perlu tambah tepung).Rehatkan doh 1/2 jam.

  5. Bila doh dah naik sekali ganda,bulat-bulatkan dan buat bentuk donat.Rehatkan lagi 1/2 jam.

  6. Goreng dengan api sederhana hingga masak.Toskan minyaknya,hiaslah ikut suka.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua