Dihantar Oleh Pada 17 February, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: ( 5-6 orang )
Description

Kegemaran seisi rumah, sedap di buat semasa cuaca panas-panas begini. Persediaan sejuk.

Share:
Bahan-bahan
  • BAHAN UNTUK PUDING
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 1 cawan santan - jgn terlalu pekat
  • BAHAN UNTUK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak ( gunakan tin susu )
  • 1/2 cawan gula @ sesuai manis
  • HIASAN
  • Buah-buahan dalam tin
  • Nata de coco - optional
  • Jelly @ sumi - optional
Cara-cara
  1. UNTUK PUDING

  2. Masukkan semua bahan gaul sebati

  3. Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat

  4. Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan dlm peti ais )

  5. UNTUK KUAH

  6. Panaskan susu, air dan gula dalam periuk

  7. Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur

  8. Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )

  9. CARA PENYEDIAAN

  10. Potong puding kastad td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk

  11. Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk letak )

  12. Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan

  13. Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais..sejuk jer

  14. Selamat mencuba.