Resepi Pak Tongko

 Dihantar Oleh Pada 16 February, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 oarang makan
Description

Makanan yang popular di seberang perai, tak tau negeri2 lain panggil kuih apa. Selalunya buat masa breakfast, minum petang pun ok.

Share:
Bahan-bahan
  • pak tongko
  • 300g tepung gandum
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 biji telur
  • 2 sudu teh yis
  • 50-75 ml air
  • secubit garam
  • kuah
  • 3 genggam kacang tanah- goreng tanpa minyak, buang kulit dan blander
  • 4 tangkai cili kering - digoreng dan blender bersama kacang
  • garam, gula dan asam jawa
  • 3/4 cawan air panas - ikut suka, jika tak mau pekat boleh tambah air begitulah sebaliknya
Cara-cara
  1. pak tongko - campur semua bahan kecuali air dan gaul dengan tangan sekejap.

  2. masukkan air dan uli hingga licin, perap 30 hingga 45 minit

  3. canai pak tongko lebih kurang 1cm tebak dan potong dengan pisau mengikut bentuk kesukaan anda

    open-uri20151010-29872-37eopb
  4. panaskan minyak, dan goreng seperti menggoreng kuih donat.

  5. kuah- campur semua bahan dan kacau hingga sebati

  6. Jika tak suka kuah ini bolehla di makan begitu saja ataupun cicah kari atau lain2 pencicah