Resepi Cekodok

 Dihantar Oleh Pada 16 February, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 org
Description

cekodok biasa je ni... tp lembut w/pun dah biar 7-8jam kat luar :)

Share:
Bahan-bahan
  • 300g tepung gandum
  • 1 bj bawang besar
  • 6 helai daun bawang
  • 1/2sb garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 bj telur
  • air pd suhu bilik
  • 3 cawan minyak masak
Cara-cara
  1. Bawang besar dipotong kecil2 @ di potong dadu. Daun bawang dipotong 3cm panjang.

  2. Dalam bekas besar satukan tepung,garam dan ajinomoto dan digaul rata. Masukkan bawang & daun bawang. Kacau biar sekata.

  3. Masukkan 1/2 cawan air dan di gaul sekata. Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau biar tepung sekata dgn air & telur tadi. Kemudian masuk lagi air sikit demi sedikit hingga adunan tdk cair/tdk pekat.

  4. Perap selama 15-30mnt. Kemudian goreng dlm minyak panas hingga kekuningan dan garing sedikit. Sedap makan dgn sos cili :)

Komen