Dihantar Oleh Pada 13 February, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Anggaran dlm 40 biji saiz mini
Description

Resepi dr geng masak2 juga. Kalau nak tahu sedapnya, mesti cuba.

Share:
Bahan-bahan
  • 250 gm butter, suhu bilik
  • 120 gm gula ising
  • 2 biji kuning telur
  • 440 gm tepung gandum, diayak dahulu
  • 1 tsp esen vanilla
  • Inti Kastad: 2 tbsp tepung gandum
  • 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
  • 8 tbsp gula kastor
  • 2 cwn (500ml) susu segar
  • 2 biji telur
  • 2 tbsp (30 gm) mentega
  • Buah Utk Hiasan: Peach dalam tin, dihiris ikut suka (atau apa2 buah yg berkenan d hati, asalkan jgn buah derian sudah haa)
Cara-cara
  1. Adun semua bahan hingga menjadi doh. Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.

  2. Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu tekapkan ke atas acuan, tekan sedikit untuk memasukkan doh tersebut di dalam bentuk acuan & trim dengan pisau di tepinya.

    open-uri20151010-29872-qztdnv
  3. Panaskan oven pada suhu 175C.

  4. Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan.

  5. Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.

    open-uri20151010-29872-1oder58
  6. Cara Membuat Inti Kastad: Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil.

  7. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.

  8. Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi.

  9. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut.

  10. Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.

    open-uri20151010-29872-1wcxc9w
  11. Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & aduk lagi hingga sebati. Ketepikan seketika utk proses pengisian pada tart.

  12. Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat)

    open-uri20151010-29872-p6q61x
Tags 
  •   tart