Resepi Sate Goreng

 Dihantar Oleh Pada 06 February, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1kg daging
Description

idea dari kawan2 kat sni

Share:
Bahan-bahan
  • ** Bahan perap sate **
  • 3bj bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2inci lengkuas
  • 5cm halia
  • 5cm kunyit hidup / 2sb kunyit serbuk
  • 2 batang serai
  • 2sb ketumbar
  • 1sb jintan halus
  • 1sb jintan kasar
  • 10sb gula
  • 200g gula merah
  • 2sb garam
  • 1/2sk ajinomoto
  • 4sb minyak masak
  • 4bj limau sambal
  • 1kg daging / isi ayam
Cara-cara
  1. Mesinkan semua bahan2 perap kecuali bahan2 perasa & daging. Kisar sampai halus.

  2. Isi ayam dipotong kecil2, kalau guna daging potong lebar dan nipis melawan ira daging. Masukkan dalam plastik bag bersama bahan2 perap tadi.

  3. Masukkan pula garam,gula,gula merah,ajinomoto serta minyak masak. Tutup plastik dan goncangkan sekejap supaya bahan2 tadi campur sekata. Buka plastik semula dan perah asam limau. Kemudian blh seal semula plastik tadi. Goncangkan semula supaya semua bahan meresap sekata dalam daging. Perap dlm freezer selama 1 atau 2 hari.

  4. Panaskan minyak dalam kuali non stick dan goreng ayam/daging dengan api sederhana sehingga masak.

  5. Jika nk goreng sate dgn bamboo skewers, cucuk daging seperti biasa kemudian goreng daging dgn keadaan berdiri di dalam periuk yg kecil. Hanya daging shj yg terendam di dlm minyak panas. Goreng seperti biasa sehingga daging sate masak.

  6. Tips : nk elakkan bamboo skewers tu mudah patah, rendam di dalam air selama sejam dan pastikan kering sblm di gunakan.

Tags 
  •   sate
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua