Dihantar Oleh Pada 02 February, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Untuk Pastri - 27 biji small size
Description

Mudah saja....

Share:
Bahan-bahan
  • 200 gm Tepung Gandum
  • 100 gm Mentega Sejuk
  • Air Sejuk
  • Secubit Garam
  • Bahan-bahan untuk inti
  • 1 Tin Besar Sardin
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
  • 1 Biji Lada Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi
Cara-cara
  1. Untuk Pastri :)

  2. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.

  3. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.

  4. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.

  5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.

  6. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

  7. Untuk Inti

  8. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.

  9. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi

  10. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.

  11. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.

  12. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.

  13. Tumis hingga betul² garing.

  14. Cara menyediakan Sardine Roll

  15. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)

  16. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.

  17. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur

  18. Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

    data.jpeg