Dihantar Oleh Pada 10 October, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4~5org
Description

Mudah dan gerenti sedap

Share:
Bahan-bahan
  • 4 cawan beras (dibersih dan ditoskn)
  • 190g minyak sapi (kalau darurat boleh guna marjerin)
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 160g tomato puree (dalam tin)
  • 1.8 liter air rebusan yang cair (boleh juga nak guna kiub pati ayam)
  • Daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (jika suka)
  • Bahan dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia
Cara-cara
  1. Cairkan minyak sapi di atas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.

  2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.

  3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato. Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1-2 minit.

  4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa. Biarkan cecair meresap ke dalam beras sebentar.

  5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bawang goreng.