Dihantar Oleh Pada 30 January, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Jumlah bergantung pada saiz acuan.
Description

Sedap, lemak dan harum, khazanah resipi dari blog "Rozzan"....

Share:
Bahan-bahan
  • 250 g tepung gandum
  • 230 g gula pasir (mat guna 180 g je)
  • 400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak)
  • 200 ml air
  • 4 biji telur gred A
  • 1 tin cream style corn
  • 2 camca besar minyak sapi (boleh guna mentega, dicairkan)
  • 1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh je)
  • 3/4 camca teh pewarna makanan kuning
  • 1 camca teh serbuk vanillin ( mat guna esen vanilla jee)
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk sehingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream style corn tadi dan gaul rata.

  2. Panaskan loyang dalam oven. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega pada loyang, tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.

  3. Jika menggunakan loyang bakar selama 40 - 50 minit dan jika menggunakan bekas2 kecil (seperti acuan baulu, mcm dalam gambar diatas), bakar lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.