Dihantar Oleh Pada 29 January, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: makan 2 orang, mestilah bersama yang tersayang
Description

resepi mak mertua, cubalah....sedap hingga menjilat periuk!!! terangkat abih!

Share:
Bahan-bahan
  • ayam 1/2 ekor - dicuci terlebih dahulu dengan asam keping dan garam. perap lebih kurang 10 minit utk hilangkan bau hanyir
  • 1 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, 1 inci halia - dimayang halus
  • daun kari 2 tangkai - dibuang tangkai terlebih dahulu
  • rempah kari 3 sudu - jadikan pes, bancuh rempah kari dengan segelas air
  • santan 1/2 biji (saya suka guna sedikit sahaja santan untuk menambahkan rasa kari)
  • asam keping, secubit garam & gula
  • kisar 7 tangkai lada kering (ikut suka nak pedas atau tak)
  • 2 biji kentang
Cara-cara
  1. tumiskan bahan yang dimayang dalam kuali bersama daun kari sehingga naik bau

  2. kemudian, masukkan pes kari bersama dengan cili kering yang dikisar. tunggu sehingga rempah kari betul-betul masak. sekiranya kari tak berapa masak lagi, anda perlu menambah sedikit air agar kari tidak hangit. tunggu sehingga kari/cili masak

  3. masukkan ayam dan kentang. tunggu sehingga ayam empuk dan kecut

  4. masukkan santan, asam keping & secubit garam

  5. tunggu sehingga santan mendidih. angkat. siap untuk dimakan

Tags 
  •   ayam