Dihantar Oleh Pada 10 October, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8~10 org
Description

Gabungan rasa lobak merah,kayu manis dan krim keju.

Share:
Bahan-bahan
  • 4 biji telur (dibiarkan pada suhu bilik dan diasingkan putih dan kuning)
  • 1 1/2 cawan minyak jagung atau minyak sayuran (kalau tiada minyak masak pun boleh)
  • 120g gula kastor
  • 100g gula perang
  • 1 1/2 cawan lobak merah (diparut)
  • Bahan diayak: 250g tepung gandum, 1 sudu teh serbuk kayu manis, 1 1/2 sudu teh baking soda
  • 100g kacang walnut (dicincang sedikit)
  • 1 sudu teh garam
  • Untuk 'topping' (penyedap kek): 120g mentega, 250g krim keju, 120g gula aising
Cara-cara
  1. Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua- dua jenis) dan lobak. Kacau sebati, masukkan walnut.

    open-uri20151010-29872-1bug8l0
  2. Masukkan bahan yang diayak.Kacau perlahan guna senduk kayu. Masukkan garam.

    open-uri20151010-29872-swi0g6
  3. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur sampai betul-betul kembang (langkah ni penting!) dan masukkan dalam adunan kek tadi.

    open-uri20151010-29872-1odb7q8
  4. Bakar pada suhu 170C selama 50 minit.

    open-uri20151010-29872-q4dtt5
  5. Tips: Bila dah masak, cucuk dengan lidi. Kadang-kadang bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak lagi maksudnya belum masak betul. Kurangkan suhu ke 150C~160C dan bakar lagi selama beberapa minit sehingga kek benar-benar masak.

    open-uri20151010-29872-lwuncv
  6. Untuk 'topping', pukul semua bahan hingga sebati dan ringan.Hias atas kek yang telah disejukkan pada suhu bilik kemudian tabur dengan hirisan badam atau kelapa kering yang digoreng tanpa minyak sekejap terlebih dahulu (jika suka).