Resepi Tapai Pulut

 Dihantar Oleh Pada 25 January, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12 org makan kot
Description

sedap dimakan ketika sejuk bersama kelapa parut

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg beras pulut
  • 1/2 biji ragi- ditumbuk halus
  • daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh
Cara-cara
  1. tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan

  2. apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan

  3. tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,

  4. setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari