Resepi Karipap Sardin

 Dihantar Oleh Pada 20 January, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15 biji
Description

Resepi ciptaan sendiri. Sesuai untuk minum petang.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan Inti :
  • 1 Tin sardin (Ayam Brand) dilenyek
  • 1 Biji bawang besar (Dihiris nipis)
  • 1 Biji cili merah (Dipotong serong)
  • Daun sup (Diracik halus)
  • Sos Tomato
  • Garam
  • Gula
  • Perasa
  • Limau nipis (Perahkan airnya)
  • Bahan Doh :
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 Sudu besar marjerin
  • Air untuk menguli (Lebih kurang 1/4 cawan) secubit garam dimasukkan ke dalam air
Cara-cara
  1. Untuk Inti : Gaulkan kesemuanya. Rasalah masam dan masinnya.

  2. Untuk Doh : Masukkan marjerin ke dalam tepung gandum. Ramas tepung dan marjerin hingga rata. Kemudian masukkan air yang dibubuh sedikit garam, Uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air untuk mendapatkan kulit yang rapuh.

  3. Goreng karipap dengan api yang sederhana supaya kulitnya licin dan rangup.

Tags 
  •   kuih