Resepi Ikan Cencaru Sumbat

 Dihantar Oleh Pada 09 October, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4
Description

Resipi mudah dan sedap daripada mak. Sesuai dimasak sempena Ramadhan bagi mereka yang kesuntukan masa.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan cencaru (kalau kat jepun ni guna aji, pilih yang besar-besar sikit)
  • Untuk Isi:
  • 1/4 labu bawang besar
  • 4 biji cili (ubah ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 1/4 biji tomato
  • Untuk Kuah:
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit air
  • Perahan air limau nipis (boleh diganti dengan tomato yang dihiris nipis-nipis/air asam jawa)
  • Sedikit minyak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Siang ikan - belah belakang badan ikan untuk disumbat .

  2. Tumbuk hingga hancur semua bahan-bahan untuk isi.

  3. Sumbatkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam bahagian perut dan belakang badan ikan.

  4. Panaskan kuali dan goreng ikan dengan minyak sedikit (1-2 sudu). Paling-palingkan ikan sehingga masak.

  5. Masukkan kicap dan air (ikut selera masing-masing sama ada nak kuah banyak atau sikit). Kalau guna tomato boleh masukkan sekali. Didihkan sebentar.

  6. Siap utk dihidang!! (kalau guna limau nipis, perah atas hidangan yang sudah sedia dimakan)