Resepi Gulai Lemak Nangka Muda

 Dihantar Oleh Pada 17 January, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 org makan
Description

senang dimasak dan sedap dimakan

Share:
Bahan-bahan
  • 500gm nangka muda
  • 3 cawan santan- tak terlalu pekat dan tak terlalu cair
  • 2 sb isi ikan - boleh diganti dgn ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 1 sk serbuk lada hitam - kalau suka pedas boleh ditambahkan lg
  • secubit belacan
  • garam dan gula
Cara-cara
  1. Panaskan air dan celur nangka muda yg telah dipotong dan dibersihkan. Kemudian toskan.

  2. Bawang merah, kunyit, belacan dan isi ikan ditumbuk lumat. Bagi yg malas tu bolehlah dikisar dalam blender dan masukkan sedikit santan.

  3. Masukkan kesemua bahan - nangka muda, bahan2 yg ditumbuk/dikisar, serbuk lada hitam, santan, garam dan gula (secukup rasa) ke dalam periuk dan masaklah dengan api sederhana.

  4. Masaklah hingga mendidih dan hendaklah dikacau supaya tidak pecah minyak.

  5. Lauk ni sedap dimakan panas2 dgn nasi putih.. tambah lagi kalau ada ikan panggang dan sambal belacan..

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua