Resepi Ayam Goreng Crispy

 Dihantar Oleh Pada 08 October, 2006
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 ketul
Description

Ayam goreng bersalut tepung

Share:
Bahan-bahan
  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)
Cara-cara
  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.

  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.

  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.

  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.

  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.

  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua