Dihantar Oleh Pada 01 January, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 biji labu kecil
Description

Baru buat tadi - trial & error sbb teringin nak mkn - senang je nak buat ni.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 biji labu kecil yg cukup masak (diameter lebih kurang 4-5 inchi) - kalau tak masak nanti rasa isinya tawar & tak lemak
  • Agak2 1/2 peket santan intant (cukup utk saiz lubang labu)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu mkn tepung gandum
  • 4 sudu mkn gula - kalau nak lebih manis boleh tambah lebih
  • 1/4 sudu teh garam
Cara-cara
  1. Labu di cuci bersih & kemudian potong bahagian atas nya. Korek biji di bahagian dalam nya. Lihat gambar ni.

    data.jpeg
  2. Santan, telur, tepung, gula & garam di pukul sehingga sebati. Tuangkan ke dlm labu tadi. Letakkan tutup nya (tangkai labu mesti dibuang - Along lupa nak buang tangkai labu, tercabut-letup sikit waktu masak)

  3. Masak dlm microwave suhu "High" selama 5-7 minit i.e. lepas 5 minit check & tambah every 1 minit. Kalau puding nya masih belum set/keras, buka tutup nya & masak lagi 2-3 minit.

    data.jpeg
  4. Selamat Tahun Baru & semoga MyResipi akan lebih mantap & popular.