Resepi Mee Rebus To' Kun

 Dihantar Oleh Pada 31 December, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15 orang makan
Description

Kawan2 kalau datang penang jangan lupa dapatkan mee rebus, memang popular di sini. Ini adalah salah satu mee rebus yang popular

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning - direbus
  • * untuk kuah
  • 15 - 20 tangkai cabai kering - digoreng terlebih dahulu
  • 5 ketul ubi kentang @ ubi keledik( agak2 sama dengan saiz ubi kentang tu la) rebus dahulu
  • asam jawa sebesar ibu jari - goreng dulu juga
  • 500g udang kecil- direbus
  • 500g udang besar- direbus
  • 4 ulas bwg putih - diketuk
  • daun sup
  • kacang tanah- digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
  • 5 liter air, garam dan gula secukupnya
  • 2 biji tomato - potong dadu
  • *bahan tabur :- 4 biji telor potong bulat2
  • daging direbus dan dipotong nipis2
  • cucur udang - potong nipis
  • cili - dipotong nipis2
  • bawang goreng dan limau nipis
  • daun sup dan daun bawang
  • taugeh direbus
  • tauhu digoreng dan dipotong dadu
Cara-cara
  1. cara buat kuah :- kisar cili kering, ubi dan udang kecil

  2. tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bahan yang dikisar. masukkan air. kemudian perahkan air asam jawa dan masukkan kedalam kuah. kemudian masukkan pula udang besar.

  3. bila dah mendidih masukan masukkan gula , garam, sebuk kacang, daun sup dan tomato. kacang tu ikut la jgn terlalu banyak takut pekat sangat kuahnya

  4. biarkan ia mendidih sekejap barulah tutup api, bolehlah dihidang bersama2 bahan untuk tabur tadi

  5. boleh tambah air jika kuah terlalu pekat

Tags 
  •   mee
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua