Dihantar Oleh Pada 29 December, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 9'X9'x5'
Description

Moist texture

Share:
Bahan-bahan
  • 10biji telur ayam
  • 1 packet kecil horlicks
  • 1 tin sederhana susu pekat manis
  • 16oz@450g mentega
  • 1/2 gelas gula halus
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 sudu kecil essence vanilla
  • 1 sudu makan ovallette
  • 1 tin besar seri kaya
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula, ketepikan.

  2. Pukul telur hingga kembang

  3. Campurkan semua bahan yang telah dipukul tadi spt mentega bersama gula serta telur.Pukul hingga kembang

  4. Masukkan selang selikan dengan pukulan 1 minit susu pekat manis, horlicks, seri kaya, tepung, vanilla essence serta ovalette.

  5. Apabila semua bahan sudah dimasukkan, pukul hingga semua bahan sebati dalam tempoh 10minit.

  6. Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian sama banyak, satu berwarna kuning dan satu lagi berwarna hijau.(boleh juga mengikut pilihan warna kesukaan masing masing)

  7. Untuk setiap lapis kek,setiap warna 2 senduk atau lebih setiap lapisan (lebih byk sukatan setiap senduk lebih tebal lapisan kek) dan kukus sekurang kurangnya 30minit (saya kukus 45minit) atau sehingga masak.

  8. kepada yang tak sanggup nak mengukus, boleh jugak bake, 15minutes every layer, temp 180 guna api atas saja