Resepi Cornflakes Chocolate

 Dihantar Oleh Pada 27 December, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: lebih kurang 100 biji
Description

boleh dibuat sbg kuih raya ataupun snek sambil tengok tv

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kotak besar cornflakes(325gm)
  • 1 sudu besar madu
  • 5 sudu besar mentega/marjerin
  • 1 sudu besar gula
  • 6 bar cooking chocolate/450gm
  • 3 sudu besar peanut butter *optional
  • 50gm cocoa butter
  • manik hiasan jika suka
  • papercup secukupnya
Cara-cara
  1. Panaskan mentega/marjerin dalam kuali hingga cair

  2. Masukkan gula, madu dan peanut butter. Kacau sehingga gula larut. Selepas itu boleh lah dimasukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2 supaya senang cair.

  3. Bila kesemua bahan telah cair, masukkan cocoa butter, padamkan api dan kacau hingga cair dan masukkan cornflakes.Gaul hingga sebati.

  4. Alihkan ke dalam bekas lain dan terus isikan kedalam papercup. Jika suka bolehlah tabur manik hiasan. *Cookies ni tak perlu dipanaskan dalam oven semula. Kalau dipanaskan chocolate yg membaluti cornflakes tu akan cair dan mendap ke bawah papercup. Ini akan menjadikan ia tak melekat antara satu sama lain.

  5. Cubalah.. insyaALLAH sedap..