Resepi Pajeri Terung

 Dihantar Oleh Pada 06 October, 2006
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3-4 orang
Description

sesuai juga gantikan dengan nenas

Share:
Bahan-bahan
  • 3 biji terung panjang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1btg kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
  • minyak untuk menumis
  • 3-4 biji belimbing buluh(optional)
  • 3-4 biji lada hijau(optional)
  • 1/4 keping gula melaka
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Blend bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.

  2. Terung pula, potong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus

  3. Tumis bahan blend tadi dgn rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.

  4. Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.

  5. Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.

  6. Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua