Resepi Kek Lapis Keju & Cheese Crackers

 Dihantar Oleh Pada 20 December, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 biji - 7 inch sq @ 8 inch bulat
Description

Buat utk Raya Haji today. Resipi dari buku collection. Senang tapi cukup lembut & sedap....

Share:
Bahan-bahan
  • 250 g Cream Cheese
  • 250g Mentega
  • 180g Gula halus
  • 6 biji Telur
  • 180g Tepung gandum biasa
  • 1 sudu teh Baking powder
  • Sebungkus biskut keju masin
  • Pewarna kuning
  • Coklat emulco
Cara-cara
  1. Pukul mentega, cream cheese & gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi sehingga sebati.

  2. Ayak tepung gaul dn baking powder. Masukkan ke dlm adunan tadi sedikit2 sambil di gaul sehingga sebati.

  3. Bahagi adunan kpd 2 bahagian & warnakan each dgn kuning & satu lagi dgn coklat emulco.

  4. Lapik tin dgn kertas & di lengser dgn minyak/mentega. Ratakan 2 senduk bhn kuning & susun biskut di atas nya. Kukus 10 minit.

    open-uri20151010-29872-1ttad2s
  5. Lapiskan dgn lapisan coklat & kukus 10 minit. Ulang proses ini sehingga habis. Akhir sekali kukus selama lebih kurang 30-60 minit utk pastikan kek benar2 masak.

    open-uri20151010-29872-1le4l39
  6. Ingat, susun biskut hanya atas lapisan kuning. SELAMAT MENCUBA..... rugi kalau tak cuba... Nampak susah tapi boleh siap melapis dlm sejam lebih sahaja.

  7. Atas permintaan, ini dia gambar cheese crackers/ biskut keju masin - brand lain2 pun ada juga di pasaran.

    open-uri20151010-29872-16bfmvn