Resepi Chocolate Souffle

 Dihantar Oleh Pada 05 October, 2006
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 biji
Description

best for chocolate lover!!

Share:
Bahan-bahan
  • 80g coklat masakan(sweet chocolate)
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2(100ml) cwn fresh cream
  • 2 sudu besar gula
  • butter
  • aiskrim
Cara-cara
  1. Cairkan coklat. Panaskan di atas api guna double boiler. Bila coklat dah cair, tutup api dan masukkan fresh cream. Kacau sampai sebati.

  2. Penaikkan suhu oven pada 200C. Sapukan pudding cup dengan sedikit butter.

  3. Asingkan kuning dan putih telur.

  4. Masukkan kuning telur tadi ke dalam campuran coklat. Kacau sampai sebati.

  5. Ayakkan tepung ke dalam mangkuk coklat tadi. Kemudian kacau.

  6. Dalam bekas lain, pukul putih telur dan gula biar sampai bertanduk ( meringue)

  7. Kemudian masukkan meringue sikit-sikit, 2~3 kali ke dalam mangkuk campuran coklat(no.5) sambil dikacau.

  8. Akhir sekali masukkan adunan ke dalam pudding cup. Isikan penuh untuk setiap cup.

  9. Bakar selama 13~14 minit.

  10. Bila dah masak, sejukkan. Kemudian bolehlah dihidangkan dengan apa-apa jenis aiskrim yg digemari