Dihantar Oleh Pada 16 December, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: lebih kurang 8 biji
Description

Favourite anak2. Memang best mkn pagi atau petang...mkn dgn maple sirap & iceream.... Along selalu nya buat 2 bancuhan sekali gus...

Share:
Bahan-bahan
  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam
Cara-cara
  1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar - kalau rajin ayaklah (Along selalu nya gaul je, malas nak ayak)

  2. Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti - jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh. Lihat lah gambar ni...

    open-uri20151010-29872-o2ui0y
  3. Lubangkan tepung di tengah2 nya. Gaulkan telur (di pukul dulu sedikit) & susu. Gaul sebati. Lihat gambar adunan yg dah siap.

    open-uri20151010-29872-13oa54o
  4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yg panas & di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, so semua pancake Along sama besar.

    open-uri20151010-29872-dxpnq7
  5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.

    open-uri20151010-29872-1f3m7gu
  6. Tengok ni betapa gebu nya texture pancake ni. Hidangkan dgn sirap favourite anda - maple syrup, honey, butter atau icecream. Makan panas2 lagi best.

    open-uri20151010-29872-1wnsus8
  7. Nak letak gambar maple syrup utk yg bertanya tapi dah habis pulak. So, kat sini Along letak lah gambar pancake syrup (Sorry, yg ni pun hampir habis, tinggal suku botol je.... ni sebab anak2 selalu je makan pancake & waffle). Nanti bila dah beli maple syrup, Along akan letakkan gambar nya pulak.

    open-uri20151010-29872-1as436z
  8. Ini pulak blueberri syrup, my boys' favourite mkn dgn pancake & waffle. Dah nak habis baru sempat ambik gamba.

    open-uri20151010-29872-lqalfi
  9. Untuk yg bertanya, ini dia gambar krim tartar. Ianya serbuk putih.

    open-uri20151010-29872-iyufjn