Resepi Kuih Abuk-abuk

 Dihantar Oleh Pada 06 December, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 biji
Description

Senang buat tapi sedap

Share:
Bahan-bahan
  • 2 cawan sagu biji.
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 sudu makan gula pasir
  • secubit garam.
  • 10 calong daun pisang. Lidi penyemat
Cara-cara
  1. Basuh sagu dan toskan 5 minit.

  2. Gaulkan sagu dengan kelapa. Tambahkan garam.

  3. Campurkan gula merah dengan gula pasir.

  4. Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu.

  5. Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit. Siap.

Tags 
  •   kuih
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua