Resepi Kek Lapis Evergreen

 Dihantar Oleh Pada 01 December, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 biji
Description

Resipi dari orang kpg suami. Hari tu buat hadiah hantaran pertunangan.

Share:
Bahan-bahan
  • 10 biji telur
  • 10oz. Gula Halus
  • 16oz. Mentega
  • 1 cawan Susu tepung
  • 6 oz. Tepung Gandum
  • 1 sudu makan Ovalette
  • 1 tin Susu Pekat
  • 2 peket Santan serbuk
  • Pewarna hijau
  • Perisa Pandan atau pandan paste
Cara-cara
  1. Pukul mentega & gula sehingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul.

  2. Masukkan ovalette, susu pekat, tepung, susu tepung, santan serbuk & akhir sekali paste pandan (di masukkan sedikit2 sambil di pukul).

  3. Alaskan tin pembakar & di gris. Ambil 2 senduk & ratakan. Bakar dengan api atas atau grill sehingga keperangan. Keluarkan dari oven & tekan dengan penekan kek lapis supaya rata. Ulangi proses melapis & membakar sehingga habis.

  4. Ini gambar penekan kek - ada bulat, ada square. Kalau acuan 4segi, then pakai yang square senang.

    open-uri20151010-29872-njz1ez
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua