Dihantar Oleh Pada 28 November, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang makan
Description

suka makan masa duk study utm dulu...senang dan sedap

Share:
Bahan-bahan
  • 3 bahagian peha ayam boneless
  • garam secukup rasa
  • serbuk kunyit 2 sudu besar
  • setengah paket sayur campur- brokoli, kacang panjang,cendawan, carrot,bunga kobis
  • * bagi sesiapa yang tak jumpa sayur campur segera ni bulehlah sediakn sendiri sayur-sayuran tadi mengikut kesesuaian selera masing2
  • 1 labu bawang besar- dihiris agak tebal
  • 1/2 cawan minyak masak
Cara-cara
  1. potong ayam kecil2 ikut saiz yang di kehendaki

  2. gaulkan bersama garam dan juga serbuk kunyit biar sebati

  3. panaskan minyak dalam kuali. gorengkan ayam tadi sehingga ia sedikit garing. sentiasa kacau untuk dapatkan garing sekata kerana minyak yang digunakan tidak terlalu banyak

  4. setelah ayam agak garing masukkan bawang besar diikuti dengan sayur campur

  5. kacau sehingga sayur masak tapi jangan terlalu lama nanti hilang khasiat sayur

  6. okes dah siap. buleh makan dengan nasi panas2 macam dalam gambar tu....selamat mencuba

Tags 
  •   ayam
  • Komen