Resepi Mee Udang

 Dihantar Oleh Pada 27 November, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 10 orang
Description

resipi diadun dari beberapa resipi mee udang dari internet

Share:
Bahan-bahan
  • 2 paket mee kuning - di celur
  • 1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
  • 1/2 ekor ayam
  • Bahan2 Utk Dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 8 - 10 tangkai cili kering
Cara-cara
  1. Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.

  2. Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.

  3. Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.

  4. Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.

  5. Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.

  6. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.

Tags 
  •   mee