Dihantar Oleh Pada 03 October, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 7
Description

Mesti buat... sebab sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 1kg udang basah (saiz sederhana besar)
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili padi
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan Nestum
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng
  • 3 biji telur
Cara-cara
  1. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kemudian goreng setengah masak. Angkat dan toskan minyaknya.

  2. Sementara itu, pukul telur, mentega, susu cair dan tepung beras. Ketepikan.

  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari hingga garing. Kemudian masukkan udang. Sebatikan sehingga udang masak.

  4. Tuangkan adunan yang dipukul tadi. Gaul rata. Akhir sekali taburkan Nestum. Sedia untuk dihidang...