Dihantar Oleh Pada 19 November, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5 orang
Description

sedap dibuat makan petang

Share:
Bahan-bahan
  • - Bahan Cucur -
  • 1 cawan tepung
  • 1/4 st baking powder
  • 1/2 st serbuk kunyit
  • 1 st gula
  • 1/4 st garam
  • 125 ml air
  • - Bahan kuah -
  • 300g keledek
  • 1.5 liter air
  • 1 sb asam jawa
  • 75 ml air
  • 3 bj bawang merah - cincang halus
  • 2 bj lada merah - dikisar
  • 1/3 st garam
  • 3 sb gula
  • 20g kacang tanah - digoreng & dikisar halus
  • 1/2 st kicap masak hitam
  • 1/2 sb cuka
  • 1/3 cawan minyak masak
Cara-cara
  1. Untuk bahan cucur : Campurkan semua bahan kecuali telur. Gaulkan sampai sebati & perap selama 1 jam.

  2. Masukkan telur dan kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan dan dihiris. Siap

  3. Untuk bahan kuah : Rebus keledek empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75ml air, tapis dan ketepikan.

  4. Panaskan minyak, tumis bawang dan cili merah. Tuang keledek & kacau. Selepas 5 minit masukkan garam,gula dan air asam jawa. Kacau selalu atas api perlahan.

  5. Masuk kacang tanah, kicap hitam dan cuka. Masak sampai terbit minyak. Rasalah masam & manisnya blh di adjust mengikut selera

  6. Bahan sampingan - telur rebus, taugeh yg dicelur seminit dalam air panas dan timun yg dipotong memanjang.