Resepi Laksam Kelantan

 Dihantar Oleh Pada 14 November, 2007
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: boleh hidang utk satu family - 2adults 2 kids
Description

Laksam ni fav mummy masa student dulu, kalau ade jer pasar malam, mesti beli, rupanya mmg nak jadi org kelate. bile dah duduk sini teringin jer nak mkn, so cari resepi through net, byk jenis dah try and error, so edit ikut citarasa sendiri, and this is the best resepi yg dah buat

Share:
Bahan-bahan
  • Resepi Laksam:
  • 3 cawan tepung beras
  • 6 sudu besar tepung jagung
  • 6 cawan air
  • sedikit garam
  • Resepi kuah:
  • 3 ekor ikan sardine (makeral)
  • 1 tin santan
  • 1/2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 btg serai (besar punya)
  • 2 kiub pati ayam/ikan bilis (not necessary)
  • 2 sudu kerisik
  • lada sula
  • asam keping
  • 1 inchi lengkuas
  • beberapa helai daun kesum (not necessary)
  • Bahan tambahan: Telur rebus, Salad, Timun, Taugeh, Sambal belacan, Chili tumbuk, Kacang panjang dll
Cara-cara
  1. cara-cara membuat laksam:

  2. Campur semua bahan dan gaul sebati.Perap dlm setengah jam.

  3. Sementara tu sediakan kukus atas api

  4. Sapu sedikit minyak pada loyang @pinggan. Letak pinggan@ loyang dlm kukus.

  5. Tuang 2 senduk

  6. Kukus sampai agak keras, tidak berair.

  7. keluarkan dan tunggu suam terus gulung

  8. cara-cara membuat kuah:

  9. Rebus ikan sampai masak

  10. kisar halus bahan: bawang merah, putih, serai, halia, tumis dlm periuk (minyak sikit)

  11. masukkan garam, lada sula, asam keping, kerisik, lengkuas, daun kesum dan gula (ikut sukahati)

  12. kacau sebati, sampai naik bau

  13. Tapis ikan dgn air rebusan, simpan air rebusan,

  14. Ikan yg ditapis blendkan sampai hancur, masukkan kedalam periuk yg berisi bahan tumisan. cacau

  15. Tapiskan air rebusan ikan kedalam periuk tadi

  16. kacau sampai mendidih dan masukkan santan dan kiub , kacau lagi hingga mendidih, rasa garam dan gula, tambah ikut citarsa

  17. potong2 laksam, dah boleh hidang and makan

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua