Dihantar Oleh Pada 12 November, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 Org
Description

Resepi asli Kuala Perlis...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 Kg laksa beras
  • 1 Kg ikan kembung
  • 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1/2 inci lengkuas (ketuk)
  • Asam keping secukupnya
  • 1 ketul gula 'Gherek'
  • Daun kesum secukupnya
  • 1 kuntum bunga kantan (belah 4)
  • Garam, Gula dan MSG secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 5 biji cili merah
  • Belacan sebesar ibu jari
  • BAHAN ULAM
  • 1 biji timun (potong lidi)
  • 2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
  • 10 biji cili api (potong bulat nipis)
  • Daun selom secukupnya (racik halus)
Cara-cara
  1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.

  2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.

  3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.

  4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.