Resepi Puding Raja

 Dihantar Oleh Pada 10 November, 2007
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 15-20 orang
Description

resipi dari kakak ipar, pertama kali rasa puding ini yang dimasak oleh kakak ipar terus jatuh hati, tanya bahan-bahan dengan kakak ipar, kuantiti bahan dan cara memasak ciptaan saya sendiri.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 tin susu cair (dicampur sedikit air)
  • 2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 sudu besar gula (atau mengikut kemanisan sendiri)
  • sesikat pisang lemak manis yang kulitnya baru sedikit kuning dibuang kulit dan digoreng dengan minyak sehingga kekuning-kuningan lalu ditoskan.
  • 1/2 paket prune
  • 1 paket gajus masin
  • 1 tin cocktail
Cara-cara
  1. susu cair bersama gula dan garam dikacau di atas api perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dicampur dengan tepung kastard yang sudah dibancuh.

  2. kacau lagi sehingga mendidih sedikit lalu di campur dengan cocktail. Agak mendidih sedikit dicampur buah prune dan diangkat.

  3. Di dalam bekas yang sesuai diatur pisang lemak manis yang telah digoreng tadi lalu dituangkan bahan yang telah dimasak tadi ke atasnya. Akhir sekali biji gajus masin ditabur di atasnya.

  4. Setelah agak sejuk disimpan dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidangnya.